Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Twitter Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook

My mom is my mom

Orang yang tak pernah jumpa aku , yang hanya kenal aku melalui Facebook , Twitter , Formspring juga blog , layak ke nak judge aku lebih - lebih sangat ? Layak ke ?


Ehm hidup ni susah ke senang ? Senang je rasanya . Cuma ada lima abjad dalam ' hidup ' . Kannn ? Budak pra sekolah pun tahu apa itu hidup bro . Hidup ni mudah , betul .

Kalau lapar , makan .
Kalau bodoh , belajar .
Kalau sakit , makan ubat .
Kalau penat , tidur .
And the list goes on and on and on -.-

Mudah kann ?
Hidup ni , banyak lagi benda boleh buat . Sementara hidup kauu tengah berjalan lancar , jangan merungut yang bukan - bukan . Itu bazir masa namanya . Hidup ni bukan fikirkan masalah dan selesaikan masalah sepanjang masa . Bukan . Bukan . Tapi ....

Dua tiga hari ni , mak muram . Aku taktau kenapa , salah aku ? Adik aku ? Ehm aku rasa aku -.- Selalu kalau  part sedih aku je punca . Aku dah tauu sangat . Bila aku ' hye mak ' depan depan . Dia mesti pandang aku , pandang jela . Pandang macam nak tak nak . Then she's doing her work back . Tapi bila adek aku turun , ' Makkk :D ' Dia bukan takat pandang ' yee b , kena b ? ' <-- Mak aku panggil adek , b . Singkatan bagi Abby . Hmm , sangat manja hang ! Untung tak untung bro . But sokay , aku ada plan lagi baik dari belikan mak topap Rm3 atau belanja makan luar . Aku ada kejutan lagi bagus , Yang akan buat dia senyum . InsyAllah :) Aku cuba , tak salah kan ? 

Mak jaga aku dari kecik . Dah 18 tahun sekarang . Sangat lama . Dia cukup faham perangai aku & dia satu - satunya yang dapat teka if aku in problem . Macam mana dia boleh tahu even aku kat Melaka ? Ehm naluri seorang ibu sangat kuat maybe . Nanti aku rasa jugak , ya Abu Bakar sayangss :D hihi . Time belajar , aku ingat aku takkan rindu mak sangat . Tapi tengok ! Masa belajar , tiap hari rindu . Tapi aku takkan call . Aku tunggu mak call . Mak aku kata , aku ego . hew hew .


Dulu masa kecik-kecik , mak aku cakap aku kuat merajuk . Kuat sentap habaq mai . Hikhok , tapi aku punya sentap kemain tragis , selak kain mak then masuk dalam kain tuu . Aku taktau time tu nampak apa , gelap je kot . Tapi itu habit aku , memang . Nasib sekarang aku dah tak kelam sentap macamtu . Ekk ? Skrg, bila sentap mengeram dalam bilik lama lama , mogok makan tak , minum tak , mandi tak . Haaa nanti mesti dapat apa yang aku nak . Anak bertuah . Hehehe . Mak aku jenis nak yang terbaik untuk anak dia . Tengok laa acane dia paksa aku makan sayur . Yeahh ! Sangat pantang , tapi mak aku watlek masak sayur hari hari . Pernah mak aku masak tomyam yang bersayur sahaja & itu satu satu nya lauk yang ada kat atas meja . Ehm . Aku tak makan ? Err no no, lapar kot . Aku goren telo goren telo xD Then see kotiaw goreng mak aku , taugeh dia ==' Orang lain guna garfu , aku guna tangan susun satu satu taugeh kat tepi pinggan . Then , my mom mesti ambil dan makan . Omomo ^^, Pernah dulu aku menangis seksa mak aku paksa makan kurma , kismis , madu . Abah aku siap pegang mulut aku , aku jerit abah mak tak peduli pun :/ Bila dah masuk dalam mulut , purrrrrrrrr aku muntah keluar balik . Ha'ah aku sangat memilih . Dan aku taktaw macam  mana mak boleh tahan dengan aku ?

Emak Dida , abah Dida ( 2x ) Dida sayang emak , emak sayang Dida .
Dulu aku suka nyanyi lagu ni . Sampai sekarang makcik aku suka ajuk aku dengan lagu ni . Sangat segan , tapi ni laa lagu aku . Aku buat untuk mak . Wiwit xD Mak aku suka buat apa ? Bila aku gosok gigi kat bilik air , dia akan datang dekat and perhati aku lama lama gosok gigi . Bila aku toleh , ' mak tak buat apa , mak tak buat apa ' Alahai mak . Lagi , time tengok cerita seram kat tv , haaaaaaaaaa mak aku mesti tiup telinga aku tiba tiba . Konon seram letuww haha . Then seru nama aku pelan pelan kat telinga , haih mak dida :D Bila jalan shopping dengan mak & time tu ada jejaka hensem fewittt lalu . Mak aku mesti , ' kak kak , tuuu ! kenyit laa mata kat dia ' Hahhh ? Mak Dida jiwa Indie bro . Toing toing .

Tiap pagi , mesti mak hantar mesej Goodmorning anak mak . Bila final , test , even quiz pun mak aku mesti kejut aku awal pagi , suruh study . Tapi aku yang teruk , angkat call then sambung tidur . Ehm , im sorry mom . Lagi best , mak aku sentiasa ada kat sisi aku even kami jauh mana . Ya Allah , mak selalu pesan , kakak boleh percaya mak seorang je , sebab mak takkan nak tengok anaknya sedih . Kann ? Siapa pernah baca mesej mak aku yang ni sila angkat tangan -.- Bila balik rumah , aku tidur dengan mak aku , Ha'ah ! Selalu sangat tidur dengan mak , sebab mak mesti usap kepala aku sampai dia tertidur , tapi aku yang problem , bila mak dah tidur ,  aku bangun pergi online , buat kecoh bilik adek aku . Hehh hehh , sometime bila aku tak datang bilik cium , wish goodnight kat mak , mesti mak masuk bilik then tanya ada masalah ke kak ? Sangat caring laa mak , Iloveyou . Mak selalu buat aku rasa selamat besides her . Mak , dating jom ! Hihi

& masa kecik kecik , kalau dia membebel , aku selalu buat muka . Sekarang , kalau dia membebel, aku pergi dan peluk dia then bagi satu kiss dekat pipi . Mesti mak diam . Hihi .
Aku tau , aku comel kan ? Ehh ? Takkkkkkkkkk ! Mak aku lagi comel , putih . Deme cakap mak aku awet muda . Classsss mu makkk ! Fewittt :p Mak , jangan tinggal kakak sorang sorang taww . Begging you :'(

4 comments:

Yuslizar said...

atototo omey2, ,
heee :)

DIDIDAA said...

Ehh , alaa kak . Segan laa -___-'

syakirah izwanie said...

Bestnyaa mak awak :> Jaga dia baik-baik ya. Bila dah berjaya jangan lupa mak tuu. *nasihat untuk diri sendiri jugak*

DIDIDAA said...

Insyallah :)