Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Twitter Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook

Kita kawan, kita takkan terpisah. Maybe..

Semalam, sedang aku skype, Ejon boleh mention aku minta pertolongan katanya. Bila DM, 'template blog aku hilang.. Tolong aku Didot..' Tetiba teringat blog aku yang dah berjaman-jaman disisihkan ni. Puhh! Puhh! *tiup habuk* Haha sepanjang semester tak update blog, rasa macam Wuyoo! What's wrong meh? Sekarang nak melepak twitter je kan....... Tapi nowadays, Twitter dah tak meriah macam dulu, saat iteww berdua bercengkerama, ajet ajet anja, omey di sana kan sayang, oh cukup. Sekarang, penuh dengan Facebookers yang amalkan budaya mereka di Twitter. *macam aku takde acc Fb pulak kan hihi* Contoh? Fake acc, upload gambar bebanyak (even ada instag or Tumblr), Bunyi kucing macamana? -Embekk. ask.fm/a/sdfghjkl *tak perlu kot ask.fm di-via kan kat Twitter* haha okay biarkan mereka berbahagia disana. Nanti tegur, melenting 'Twitter aku, hak aku!' Huk aloh, harimau haha.

Okay, Assalamualaikum.
Syukran, Marhabbah, Sohabul Khair ya sohabatin. Teringat belajar Arab time sekolah agama dulu, rasa nak belajar balik semula. Ada ukhti yang sudi mengajar? Belajar dengan ukhti lebih senang berbanding ustaz/ ustazah mungkin. Okay back to the entry. Mohon baca tajuk, KAWAN. Siapa tak tahu apa itu kawan, wiki ada. Entry ni aku nak borak pasal seorang kawan aku yang dah terjalin sejak di bangku sekolah. Kawan yang susah, senang, menangis, ketawa, jatuh, naik bersama. Aku gelarkan watak itu sebagai 'dia'. Cukup sebagai dia, sebab hangpa semua mesti boleh teka setelah baca rentetan dibawah, ahaks.

First paragraph.
Dia ni kalau dari jauh korang tengok macam Adam Mukhriz (Adam & Hawa), kalau dekat pula macam tiang elektrik. Eh? Tak tak tak. Dia ni berasal dari Planet Matoki Ayuni, that's why muka dia handsome gila melting habis. Handsome sampai bila jumpa je dia boleh kena histeria. Tapi bukanlah histeria yang kena ikat tangan kat katil meronta-ronta tu. Haha okay tipu pasal Planet Matoki. Dan handsome tu. Lagi, dia ni peramah dan tak sombong langsung. Tak percaya? Pergi stalk twitter/fb dia, semua perempuan dia layan! Mesra katanya~ Puii la jai. Tapi sekarang kau dah lain, kau dah tak layan semua perempuan kat luar dah kan? Kau layan aku seorang je kan, sayang? Okay *hulur baldi, baldi, baldi* Haha aku ada password kau okay! Password dia: Ohmakkaucomel123 *error* Tapi memang betul, dia punya ramah tu sampai kalau boleh makcik jual pisang goreng kat tepi jalan tu pun dia nak ajak bershuffle sama har har har. Lagi satu, dia tak minat bola. Since bila aku pun tak tahu, sebab dulu kemain beat dengan aku sampai terpaksa berjudikan Beger Mekdi Medan Gopeng haha. Pernah aku marah dia sebab kacau aku tengok bola, then sayu je dia sahut "Bola lagi penting dari....." Okay, my fault -.-

Second paragraph.
Dia bukan smoker. Dan tolong jauhkan asap nakotin korang tu kalau merokok. Sebab dia tak tahan dengan asap rokok. Aku tahu bila dia tak habis kibas angin kat Medan Kid sebab bangla sebelah dia merokok. Haha cedih. Kemudian, dia ni jenis cakap memang kasar. Aku lah tempat dia mencarut, melepaskan ketidakpuasan hati, mengejek, mengosip dan semuanya memang aku lah tempatnya. Memang dari bangku sekolah telinga aku dah sedia maklum berbulu untuk dengar setiap kata cacian, membuatku rasa kosong~ kosong~ ahaa~ Rahsia dia banyak dekat aku, sampai aku rasa kalah sinetron punya cerita pahit, manis, suka, duka semua aku yang lead! Eceh tapi jangan risau, aku simpan rahsia kau, kau simpan rahsia aku. Till when when okay bro. Tapi dalam hard core perangai dia tu, dia ni sensitif sikit. Cop. Bukan sikit, tapi banyak. Sensitif yang sampai pernah aku kontang-kantingkan saja dia meroyan sensorang, bukan tak hirau tapi bagi lesson meh. Yela, aku bukan tak faham. Hati lelaki ni lembut. Sekali tercalar, terjatuh dan berkecai, susah nak cantumkan semula. Hati lelaki? Okay.........

Third paragraph.
Lepastu, dia suka simpan rambut panjang. Dari dulu nak simpan tapi ada je halangan sekolah la, kerja, bini marah. Eh? Hihi tapi sekarang amboi kemain panjang rambut hang? Harry Style lettuw? *kumur kumur, semburrr* Aku sebenarnya tak suka lelaki rambut panjang, sampai aku rasa nak je ambil gunting zapp sehelai demi sehelai rambut dia bagi pendek supaya tak jadi macam Rosmah. Fikir anak orang je, kalau tak memang dah buat! *muka kejam tangan buat gaya gunting* Lagi, dia ni kalau senyum omakayy lebarnya. Boleh buat hati perempuan terbakar  cair bagai steak lamb cicah kuah bbq omnyomnyom dapp nye *usap perut gemok* hihi. Tak percaya pergilah suruh dia senyum, lepastu hadap la korang lelama senyuman dia tu! Haha tapi tapi tapi tapi tapi tapi tapi tapi tapi tapi tapi tapi tapi dia bakal punyai makwe. Oh, memang masih ada peluang untuk hangpa menggatal dengan dia, tapi langkah-in dulu mayat gua! Eh? Gua? Wup, wup, wup *tangan gaya oppa gangnam* Kemudian, dia ni jenis yang dalam sehari mesti ada wish good morning, afternoon, evening and night. Pernah sekali ketorang bergaduh dan seminggu tu jugak kami mesej 'wish' je. Sorang bagi morning, sorang reply afternoon, lepastu reply lagi evening, dan last night. Sadis gila time tu, tapi still nak berhubung haha poyo gila dia! Dia je poyo.

Forth paragraph.
Dia ni jenis kawan yang baik hati, caring. Dia memang pandai urus diri dan selalu alert dengan keadaan sekeliling dia. Kira dia ni dah matang la *terjun bangunan tingkat 6* dah boleh kahwin, maybe haha. Matang dia sampai apa aku cakap pun dia nak tak nak je dengar (kadang- kadang, tapi selalu kau memang ikut je cakap gua ahaks!) Matang dia sampai boleh survive cari duit sendiri untuk sambung belajar, merantau negeri orang, bukan macam aku yang masih menetap bawah ketiak aboh, yang mengharapkan duit elaun Mara semata-mata. Such a kid i am, tapi dia tidak, tak meronta sakit bila jari terluka, tak tongang-tebalik menangis tagih simpati di twitter/status bila putus cinta, tak minta dipeluk, dokong bila kecewa. Oh, itu sifat seorang perempuan, okay. Dia ni juga suka baca current issues dan timba ilmu dengan pipiyapong, lejenpress ape tah aku pun tak ingat. Bukan tak ingat, cuma tak berapa nak minat sampai kekadang bila dia mula bagi ceramah motivasi nasihat, aku mesti buat muka annoy dan buat bunyi kaggaroo tanda suruh dia berhenti. Dan terbukti berhasil, dia mesti berhenti tapi tangan mesti tarik pipi aku jadi muka hodoh lepastu aku mesti buat kat dia balik. Kau ingat tak, sayang? Zzzz. Alololo suka pula aku tarik hidung dia, rinduu :')

Fifth paragraph.
Dia suka kumpul komik, novel, buku ilmiah. Suka warna ungu. Suka makan tempe, durian, ayam tapi kena kawal nafsu sebab on diet, peha dah besor haha. Suka mesej panjang sampai aku lupa point nak reply. Suka habiskan kredit call aku dan kadang-kadang just nak cakap 'miss you' je pun. Suka kumpul kasut dan baju bundle/ uptown. Suka minum Tinge yang warna pink (lychee) dan lobak susu. Suka karok lagu karat. Suka Eleysha Chan tapi aku kerap sergah suruh dia delete semua gambar girl tu, cemburu okay *betulkan spek mata* Suka belanja aku sampai aku naik malu nak jumpa dengan kau, uhuk uhuk. Suka suruh aku buat bunyi binatang kat dalam hutan tu. Suka suruh tangkap gambar sesama tapi aku selalu elak, aku hodoh nohh. Suka kentut dan sendawa bersepah. Dan tak suka lipas terbang haha cukup.

Sixth paragraph.
Aku bukan lah queen control yang langsung tak bagi dia bergaul dengan perempuan lain diluar sana. Cuma ada cara, gaya dan batasnya. Ni aku nak share sikit tips kalau hangpa nak berkawan dengan dia. Berkawan je okay! Kalau nak lelebih, makan julap 10 bungkus berturut-turut depan aku dulu! Haha

  • Kalau text/IM/DM/mention jangan reply lambat. Dia paling tak suka dan kalau dia dah call sebab kau reply lambat, pepandai la kau bagi alasan simpang pat-ploh-pat tu ye. Dan jangan reply pendek. Sepatah dia tanya, jawab berpatah-patah dengan dia. Biar sampai 2 3 pages text tu.
  • Kalau nak otp, pastikan kredit banyak around RM3-RM10 sebab dia bukan jenis cakap seketul then kbye. Dia punya topik dah macam google banyaknya, ada je benda dia nak borak. Tapi kau jangan terkejut beyok makyeay pula bila dia tetiba menyanyi dan terpaksa lah kau lekatkan sellotape kat telinga bagi bercantum dengan handphone kau sebab bila dia start nyanyi, dia dah anggap kau macam karaoke box dia, betul.
  • Kalau text dia reply 'K', jangan reply 'L' or 'pop' sebab aku pernah kena lenting sebab reply pop. Acah nak gurau jadi K-pop, tapi... Then, kalau dia reply Hm means ada benda yang tak kena dan kau mesti cepat imbas apa yang kau buat salah kat dia, jangan lembab berfikir. Dia pantang betul.
  • Ha, dia ni macam perempuan sikit, kuat merajuk. Tapi senang je nak bagi sembuh, call then mengada sikit dengan dia, terus okay punya. Kalau tak berhasil, hantukan dia dengan GEMOK! GEMOK! PERUT USUNG DENGAN BELDOZER! Mesti dia tak jadi merajuk hihi
  • Time keluar pula jangan buat perangai, nanti dia naik kepala lari tinggalkan kau baru tahu! Baru amekau, rasakan! Haha sebab pernah jadi kat aku, dia tinggalkan aku kat Klcc sensorang *punca gaduh dirahsiakan* Dia boleh pergi naik monorel semua tinggalkan aku macam orang gila takde hala tuju kat situ. Dengan muka petak aku tanya orang keliling nak beli coin semua, yela selalu kau je yang belikan, manjakan sangat aku ni. Time tu, nak kejar dia main kuch kuch hor tarheyy pun tak mampu. Tapi kalau kaki kau galah macam dia, boleh test buat dia marah. Tapi jangan risau, if terjadi juga kat korang, watlek. Buat muka dan menangis ye, dia mesti datang balik. Dia tak kemana *pimpin tangan* Tapi aku tak pernah nangis depan dia okay! Rekod!
  • Time makan jangan lap kat baju, jangan comot comot sebab dia paling tak suka orang pengotor. Lap guna tisu sebelum dia keluarkan tisu yang dia bawa. Tapi kalau minum, gigit straw tu bagi berbekas sebab dia suka rembat air orang. Kalau nak senang, beli air yang dia tak suka Nestea Lemon Ice, tekak dia memang tak boleh telan air tu haha padan muka!
  • Jangan bagi dia tekan kepala kau, sebab kau akan jadi lebih pendek bila dia buat macamtu. Testimoni dia menjadi kat aku, cedih. Kalau dia cubit mesti lebam. Dan dia suka cubit pipi orang sambil nyanyi lagu kindergarten sambil dia pun goyang-goyang kepala kiri kanan heyy, kiri kanan heyy. Haha okay tak comel dan jangan risau, kalau dia buat kat kau, geletek je dia. Mesti berderai gelak jantan dia har har har.
  • Kalau dia tanya soalan bodoh "Awak cemburu tak kalau saya nak skandal dengan 2, 3 awek lagi?" Kau jawab je "Tak cukup ke kau curang selama ni? Nak semua perempuan kecewa, menangis dengan sikap kau ni?!" Okay, cukup 2 ayat. Nanti perang dunia ke 3 pula haha.
  • Kau jangan cabar dia bebukan. Main truth or dare dengan dia jangan sesekali sebab kalau dia kena tang dare dan kau suruh dia buat benda senonoh pun dia akan sedaya upaya buat. Pernah dulu dia jerit sayang aku kekuat kat tempat awam atototo tapi kenapa takde orang pun kat situ time tu? *krik krik* -patut la dia berani jerit kekuat -.-
  • Dan kau yang berbadan perempuan (real perempuan, bukan pondan) jumpa dia jangan nak flirting, poking poking dengan dia, aku curah kau dengan softlan kang! :'/
  • Jaga dia bagai menatang minyak, jangan sesekali curang. Sebab sekali dia dah sayang, dia akan sayang kau dua tiga kali. Sekali kau jujur dengan dia, dia akan dua tiga kali jujur, ikhlas, redha dengan setiap kelemahan diri kau. Insyallah. Moga bahagia sampai ke tua, okay.
Maka habislah riwayat al-kisah si dia nujum pak belalang. Eh? Entry ni serius penuh dengan huruf, dah serupa modul Law aku je. Baca lah kau sampai lebam bawah mata tu *panda eyes* Fakkap bebeh. Haha nak tengok wajah dia tak? Jeng, jeng, jeng ...................................................*bunyi drum*



Watak 'Dia' : Hammat Firdaus Bin Mokhtar -@ohammat

Kami kawan, dan kami takkan terpisah. Bagaikan cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Walau banyak halangan, ujian dan dugaan hak berkawan, hak kami! Kami takkan terpisah! Sincerely, aku sayang kawan aku yang ini. *usap dagu macam usap dagu kucing* Jika ada jodoh, eceh suatu hari kita akan bersama juga. Biar masa yang menentukan, jangan cemburu/ jeles dengan watak 'aku' lagi okay :') Insyallah, Abu, Fea, Rayyan dan Aishah akan ada dalam hidup kita berdua. Amin. Maasalaamah, Assalamualaikum.

"HANYA MEMERLUKAN SEMINIT UNTUK MENTAFSIR SESEORANG, SEJAM UNTUK MENYUKAI SESORANG DAN SEHARI UNTUK MENCINTAI SESORANG, TETAPI MENGAMBIL WAKTU SEUMUR HIDUP UNTUK MELUPAKAN SESORANG"


 Yang benar lagi baik,

                                                                                                                                   
............................
                                                                                                                                  ( Aku )

1 comment:

Anonymous said...

amboi...wkwkwkwkwkwkwk, ahaks