Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Twitter Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook

MacBook Air


To                          All stalkers , Mata-mata Manager , Malaysia     
From                      Dida Tajima , Author Manager
Ref                         DT/AM
Date                      23 October 2011

AN OUTING AT DATARAN PAHLAWAN  AND MAHKOTA PARADE , MALACCA

I will talk to you all in our national language , baku malay . Assalamualaikum kalian semua . Semalam saya berasa sungguh gembira karna saya keluar bersiar-siar sekitar Melaka . Saya keluar sempena cuti hujung minggu dan bersama saya ialah Ekin , Dekfana , KakaYus , KakaSya , KakaDi dan KakaPink. Semuanya perempuan kerana kolej saya terdiri daripada kaum perempuan semata . Hihihi ,

Kami memulakan perjalanan  seawal 9.00 pagi apabila bas Panorama sampai di hadapan kolej . Bas terus menuju ke destinasi kami iaitu Mahkota Parade . Memandangkan hari masih subuh sepi’ei, kami bercadang  untuk bergambar di Dataran Pahlawan terlebih dahulu . Di situ , kami telah di sapa dengan seorang abang kacak yang mempromosikan jualannya iaitu Abang Domino. Pembetulan , abang Domino’s Pizza . Setelah dia membebel hampir setengah jam , datang seorang wanita *awek ohh awek ! ke arah kami . Katanya , dia lecturer abang kacak itu . Nasib baik , jikalau tidak melepas kami mengayat abang kacak itu , hehe . Rupanya abang kacak itu sedang melakukan assignment untuk Final nya , kasihan .

Setelah itu , kami menuju ke restoran berhampiran untuk menghilangkan rasa lapar . Bukan restoran makanan segera ok ! Setelah perut kenyang , kami ke Galeri …. untuk mencari barang yang menarik . Oleh kerana Dekfana asyik mencari cincin silver , kami sepakat menuju ke Black Queen untuk membantu cari cincin idamannya itu . Agak sukar mencari cincin nya kerana saiz jari-nya yang halus runcing telah menjadi punca semua cincin di situ longgar pabila dipakai . Namun yang demikian , akhirnya dia menjumpai cincin yang Maigod ! Cantik nyewwwwwwwwwwwwwwwwwww xO

Setelah itu , kami masuk keluar masuk keluar di setiap ‘outlet’ di Dataran Pahlawan . Paras Vior di atas paling seronok , sampai sahaja dari eskalator , pusing terus turun . Kami sedia maklum , sales belum bermula kan :D Kemudian , kami segera beredar ke Mahkota Parade. Di sana , kami hanya berjalan . Di ajak menonton wayang , tolak kerana  bosan kot . Game , bowling , memanah semua tolak , mahu berjalan sambil tangkap-tangkap gambar sahaja . Sebelum terlupa , ‘ beg Tropicana Life itu jaga elok-elok okay ‘ dan nanti dah dapat alaun kita beli belah ‘heels’ di Summit lagi ok . Cantik sungguh kan ? ^^

Seperkara lagi , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang belanja macam-macam kat saya . Memang ‘almost’ KakaYus yang belanja lah kan . This is best bro ! hehe sayang kaka muah ! Maaf lah Melaka tiada Futti Tutti , Melaka ada Gigolo Tutti *Yana punya sleng haha . Melaka ada Gelato Fruity sahaja tetapi untung lagi Ekin dengan KakSya makan Secret Recipe lagi , kami yang lain makan Gelato ==’

Tambahan pula , dengar cerita alaun masuk hujung bulan ini , betul kah ? Aku dah laporrrrrrrr duit alaun nii ==’ hehe . Jika betul , boleh lah kita beli MacBook Air kan ? Sangat menarik hati ohh ! >.< Saya mahu itu ! Mahu itu ! haha mengada sungguh saya . Ehh , mana lagi better MacBook Air ke MacBook Api ? Tolong suggest kat saya boleh ? Ehh tak , mahu Lenovo lahh ! Upss @,@

Baiklah , cukup lah setakat ini . Penat baru habis class , mahu lipat pakaian dobi lagi , malah Fanna dan Ruby di sebelah sudah bising bila mahu pulang bilik . Maaf jika bahasa saya tidak cukup baku untuk dibaca . Format memorandum ini sebenarnya tidak sesuai untuk bercerita , tetapi tidak tahu kenapa mungkin saya ingin membuat latihan untuk Final Fundamental  Business English hehe Assalamualaikum :D




Enc














Madam Yuslizar Sainul , ehh silap . 
Miss Yuslizar Sainul , Iloveyouuuu more than yesterday :')


No comments: